KEAJAIBAN DUNIA SEMPENA KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W...
(http://ubs-pmram.blogspot.com/2010/02/keajaiban-dunia-sempena-kelahiran.html)Seorang Nabi dan Rasul akhir zaman telah diutuskan Allah Ta’ala untuk menyempurnakan agama yang mulia ke seluruh pelusuk alam. Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah (Al-Maaidah,3) bermaksud: “ Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagimu agamamu, dan telah aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah aku redhai agama Islam sebagai agamamu”.
Kedatangannya telah disebutkan di dalam tiga buah kitab Samawi sebelum kitab Al-Quran. Kedudukannya disisi Allah amatlah tinggi dan mulia. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada tanggal 9/12 Rabiul awal, Hari Isnin bersamaan tahun 20/22 April 571 Masihi, tahun Gajah di Makkatul Mukarramah, 4 tahun pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan (Raja Parsi).
Peristiwa ajaib yang berlaku keatas Nabi s.a.w disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi sahaja. Irhas dikategorikan kepada tiga:
1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi dan Rasul.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi dan Rasul.
KEADAAN SEBELUM DAN SEMASA NABI S.A.W DILAHIRKAN
* Semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan Siti Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana yang dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
* Kehamilan Siti Aminah disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu seluruh umat manusia.
* Kehamilan Siti Aminah ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah(suami Aminah) ke wajahnya.
* Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Siti Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
* Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat.
* Haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
* Tentera bergajah Abrahah datang menyerang kota Mekah, yang dirakamkan dalam surah Al-Fil. Tentera bergajah ini diketuai raja Abrahah yang menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
* Apabila sampainya tentera bergajah ini ke kota Mekah, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
* Tiba-tiba, muncul sekumpulan burung Ababil datang membawa batu-batu yang panas dari neraka menyerang dan menghancurkan tentera bergajah Abrahah tersebut.
* Siti Aminah mengalami mimpi yang menakjubkan dimana beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri para malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian para malaikat berdiri di hadapannya dan berkata "Khabar gembira untuk kamu, wahai ibu kepada seorang nabi, putera kamu ini penolong dan pembebas manusia, namakan dia Ahmad.''
* Semasa baginda s.a.w lahir,keadaan sekeliling bergemerlapan, cahaya nur keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehinggakan dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
* Baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
* Awan turun menyelimuti Siti Aminah sehingga beliau mendengar suara seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
* Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan, nabi s.a.w lahir dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
* Malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
* Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
* Satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra (Parsi) dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya (dewannya) runtuh.
* Biara Majusi (tempat penyembahan tuhan api) di Parsi yang tidak pernah padam seribu tahun telah padam dengan sendirinya.
* Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
* Tasik Sava/Sawah dan gereja-gereja yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
* Tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
* Pintu langit tertutup dan raja syaitan (azazil) menjadi resah takut.
KEADAAN SELEPAS KELAHIRAN NABI S.A.W
* Ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak.
* Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
* Halimah dan suaminya beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
* Ketika berusia 4 tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril, Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan 7 mata air syurga dan air salji.
* Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 yang bermaksud: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
* Ketika berusia 12 tahun,Abu Talib membawa Nabi s.a.w berniaga ke Syam, seorang paderi( samawi) bernama Jarjis dikenali dengan Buhaira datang bertemu dengan Abu Talib. Selepas itu ia menoleh kerah baginda dan memegang tangan baginda dan berkata “Inilah penghulu dunia, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat sekalian alam”. Buhaira berkata sifat-sifat baginda terdapat dalam kitab-kitab kami, seterusnya meminta supaya baginda terus pulang ke Mekah, ditakuti tindakan jahat puak yahudi.
* Nabi s.a.w berkahwin dengan Siti Khadijah.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah(penutup segala nabi).
Perkara -perkara ajaib ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Sempena Maulidur Rasul yang akan tiba ini, maka sama-samalah kita memperbanyakkan selawat dan membesarkan Nabi Muhammad SAW. Semoga selawat kita ke atasnya I,tu akan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amalan soleh. Amin. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi S.a.w., maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
Rujukan :-
Kitab Rahikhul Makhtum, oleh Sofiy Rahman Al-Mubarakfuri.
Kitab Fiqhul Sirah Annabawiyyah, oleh Saad Ramadhan Al-Buti.
Hikayat Abu Hanifah.
Kitab Rahikhul Makhtum, oleh Sofiy Rahman Al-Mubarakfuri.
Kitab Fiqhul Sirah Annabawiyyah, oleh Saad Ramadhan Al-Buti.
Hikayat Abu Hanifah.